IBADAH 'AQIQAH - Sekadar Pengetahuan
HIKMAH AKIKAH
Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
PENGERTIAN AKIKAH
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH
Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:
kikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.
aging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.
Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.:
Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
Syarat-syarat akikah:
Berniat akikah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
CARA MELAKUKAN AKIKAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:
Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).
-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:
-Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.-Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
-Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
-Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
-Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
-Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
-Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
-Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu ataua wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
IBADAH KORBAN
Definisi korban
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil tentang ibadah Qurban
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)
Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Hukum Ibadah Qurban
Hukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berqurban
Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban
1- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).
Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
Persoalan tentang Ibadah Qurban.
Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?
Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa keizinan orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja.
“Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.
Bolehkan daging Qurban dijual?
Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan!
Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”
(Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Siapakah yang layak menerima daging korban?
Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain.
Apakah daging yang diniatkan qurban boleh dimakan oleh tuan punya yang melakukannya?
Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil satu pertiga. Akan tetapi daging “qurban wajib” atau daging “qurban nazar” haram dimakan oleh orang yang bernazar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam - Surah Al-Hajj, ayat 28 .
Daging qurban, sunat dimakan oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.
Boleh atau tidak Rusa dijadikan ibadat sembelihan qurban? Berapakah bahagiannya?
Binatang sembelihan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah qurban yang selainnya.
Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.
Bolehkah daging qorban diberikan kepada bukan Islam dan apa hukumnya org kafir memberi bantuan/ derma untuk ibadah qorban. Adakah kita boleh menerima sumbangan mereka itu ?
Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. - Fatwa Negeri Selangor (Sel P.U 12) . Org kafir tidak diwajibkan melaksanakn ibadah qorban. Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai ibadah qorban.
Apakah hukum mewakilkan ibadah qorban kepada org lain? NGO misalnya?
Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :
i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan)
ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil (org yg meminta utk diwakilkan)
iii. Muwakkil wajib melafzkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.
Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:
"Saya meletakkan atas tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku."
(PERINGATAN: Jika penerima tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
0 comments:
Post a Comment