Tuesday, May 29, 2012

Ustaz Azhar Idrus Masjid Shah Alam Live Ustream 27 May 2012

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Perwaja Gurun "FULL 2.30minit" 01/02

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Perwaja Gurun "FULL 2.30minit" 02/02

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Karnival Walk With Me - Dataran Stadium Sultan Muham...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Kuliah Masjid Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Karnival Anak Muda Selangorku - 6 Mei 2012

Read more...

Tuesday, May 8, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Ceramah Perdana Bunut Payong Kota Bharu -...

Read more...

Thursday, April 12, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Fatwa Mufti Johor - Surau Ladang Kuala Terengganu - ...

Read more...

Monday, April 9, 2012

Santai bersama Zuar XPDC & Mel Wings

Read more...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Kuliah Tafsir 30 Mac 2012

Read more...

Friday, April 6, 2012

Azhar Idrus - 20120302 Sembang Petang Tahun Melawat Kelantan 2012 - 2 Ma...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Agama Perhimpunan Mahabbah Rasulullah - T...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Konsert Khalifah Seni bersama Ali Tera Rossa & Bob K...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Agama Pondok Islahiyah Sg Karangan Padang...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasi...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Kuliah Anak Kunci Syurga - Taman Maluri - 25 Mac 2012

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Fatwa Mufti Johor - Surau Ladang Kuala Terengganu - ...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Syirik Sebab Harta - Masjid ArRahimiah Klang - 26 Fe...

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Fatwa Mufti Johor - Surau Ladang Kuala Terengganu - ...

Read more...

USTAZ AZHAR - PENGURUSAN MAYAT





Read more...

Thursday, February 16, 2012

12 Barisan Di Akhirat

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam



Sumber: http://www.murabbiy.com/

Read more...

Wednesday, February 15, 2012

Kelebihan Surah Dalam Al-quran

(1)SURAH AL-KAUTSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam
sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana
letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya
kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
Khasiat Al-Quran Untuk Di Amalkan
Dengan nama Allah
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari
bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca
sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya,nescaya permintaannya di
perkenankan,jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa
membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik
keadaannya,serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan
syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan
terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan
mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan
mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam
itu, ia dikira mati syahid.
"Sampaikanlah kepada orang lain biarpun satu ayat.” Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi kebaikan serta manafa'at kepada manusia. http://www.binamodal.myportal.my
Imam Jaafar S hadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu)
sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan
terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan
terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,
keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari
surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya
akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para
penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) ( Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa
membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam
kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpimimpi
yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang
jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap
sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat
64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini,
nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah
ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatanperbuatan
syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur,
nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang
gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan
dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam
Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala
maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh
nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia
tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada
karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari
surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah
itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh
binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang
siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan
budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar
dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutaman ya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala
dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu
yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar,agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap
umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jum aat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya
dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang
siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya
keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah
setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
Amalkanlah selalu untuk kesejahteraan diri. Jika tidak dapat buat banyak, berdikit-dikit adalah memadai. Lama-lama bila
menjadi kebiasaan, pasti ianya akan menjadi amalan kita setiap hari.
Sampai-sampaikanlah walaupun sepatah ayat. Nescaya Allah akan memberi ganjaran 10 kali kebaikan kepada kamu.
Ilmu yang ada, seeloknya dapat memberi kebaikan untuk ummah yang lain.

"Sampaikanlah kepada orang lain biarpun satu ayat.” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi kebaikan serta manafa'at kepada manusia.

KREDIT: http://www.binamodal.myportal.my

Read more...

Tuesday, February 14, 2012

Boleh try pulak ni!!!




Read more...

Pertandingan Memancing Anjuran Unit Joran Berita Harian 2012


1. 1 Jan -Pembuka Tirai Tasik Titiwangsa
2. 3-4 Mac - Pra GP Joran, Tasik Puteri Melaka
3.23-24 Mac - Karnival Sauk Sotong LADA, Langkawi Kedah
4. 20-22 April - BOTR Tasik Kenyir, Terengganu
5. 6-7 April - Per. Meman. Tasik Jitra, Kedah
6. 5-6 Mei - GP Joran Pusingan 1, Dungun, Terengganu
7. 2-3 Jun - GP Joran Pusingan 2 Kuala Pahang, Pahang
8. 28 Jun -Per. Memanc. Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya
9. 1 Julai - Per. Memanc. Tasik Shah Alam
10. 14-15 Jul - GP Joran Pusingan 3, Lumut Perak
11. 8-9 September -GP Joran Pusingan Akhir, Tanjung Leman , Johor
12. 28-30 September-RPBIC, Rompin, Pahang
13. 6-7 Okktober - Per. Memanc. Tasik Prima Nova. Puchong
14. 8 Disember - Piala Monsoon, Kuala Terengganu.

kredit : http://joranharian.blogspot.com

Read more...

Friday, February 3, 2012

Fikir dulu sebelum makan....Sedapnya mi segera

Read more...

KAJIAN FIZIK SOLAT JEMAAH MENAKJUBKAN ! SUBHANALLAH!

Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan manusia mengandungi dua sel elektrik iaitu sel positif dan sel negatif. Hasil kajian profesor tersebut mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita diarah meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati melalui sentuhan badan kita dengan tubuh badan ahli jemaah lain yang berada di kiri kanan kita akan menstabilkan cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas berlebihan , sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan.Manakala yang berkurangan akan di tarik ke dalam kita. Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar setelah badan kita berehat beberapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas negatif dan positif yang hampir seimbang.Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Justeru solat Subuh didirikan hanya 2 rakaat. Seterusnya apabila sampai waktu tengahari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua casa ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Kebiasaannya, selepas waktu Asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukan pula tidak bergitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Seterusnya adalah solat Isyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam(qiamullail) Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan bertapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam. Nota;- Nabi pernah merungut suatu hari...kata Nabi kalau boleh aku nak suruh org lain jadi imam sembahyang, dan aku nak pusing sekitar Madinah siapa yg tak sembahyang Jemaah aku nak bakar rumahnya...Subhanallah...

Read more...

Monday, January 30, 2012

Tanda-Tanda Kematian Menurut Ulama

Tanda-tanda kematian menurut ulama' benar dan wujud. Cuma ketakwaan sahaja yang dapat membezakan kepekaan kita terhadap tanda-tanda tersebut.
Terdapat banyak tanda atau dalil yang menunjukkan kepada kita bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda yang diberikan itu adalah supaya kita umat Islam sempat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah. Tanda-tanda ini hanya diperlihatkan untuk orang Islam sahaja.


100 hari sebelum kematian- ia merupakan tanda pertama daripada Allah kepada hambanya dan hanya disedari orang yang dikehendakinya. Tanda-tanda ini lazimnya berlaku selepas Asar di mana seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan merasa getaran seakan-akan menggigil contohnya seperti daging lembu yang baru dipotong. Jika diperhatikan dengan teliti kita akan dapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa kemungkinan ini adalah tanda-tanda kematian, getaran itu akan hilang secara tiba-tiba.
Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk kita memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa sebagai bekalan sesudah mati.
Sebaliknya bagi yang tidak menyedari keadaan ini, tanda tersebut akan berlalu begitu sahaja di mana masa yang ada tidak dimanfaatkan sebaik mungkin malah seseorang itu terus leka dan hanyut dengan dunianya tanpa mengingati mati.


40 hari sebelum kematian- tanda ini juga lazimnya berlaku selepas waktu Asar, di mana bahagian pusat seseorang terasa berdenyut-denyut. Waktu ini daun yang bertulis nama orang berkenaan akan gugur daripada pokok yang terdapat di atas Arasy Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas individu tersebut. Antaranya ia akan mula mengikutnya sepanjang masa bahkan terjadi juga di mana malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sambil lalu dan jika keadaan ini terjadi dan mereka ternampak, maka mereka akan jadi bingung seketika.


7 hari sebelum kematian- tanda ini hanya diberi kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan iaitu orang yang ditimpa sakit yang tidak berselera untuk makan, tiba-tiba berselera untuk makan atau pun seseorang yang tidak berdaya untuk bergerak, tiba-tiba mampu berjalan dan melakukan sesuatu kerja dengan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa.


3 hari sebelum kematian- pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan dan disedari maka sebaik-baiknya ia berpuasa supaya perutnya tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan pengurusan yang akan memandikannya kelak.
Ketika itu, mata hitam juga tidak lagi bersinar dan bagi orang yang sedang sakit, hidungnya kelihatan jatuh secara perlahan-lahan dan ia dapat dikesan jika seseorang itu melihatnya dari bahagian sisi. Begitu juga dengan telinganya yang kelihatan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam, telapak kakinya terlunjur juga perlahan-lahan dan jatuh ke hadapan serta sukar ditegakkan.


Satu hari sebelum kematian- juga akan berlaku sesudah Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak lagi berkesempatan menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda terakhir- bakal berlaku keadaan di mana seseorang merasakan suatu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang seterusnya naik kembali ke halkum. Ketika ini hendaklah seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri sementara kedatangan malaikat maut mencabut nyawa.


BERSIAP SIAPLAH…..HARI ITU PASTI AKAN DATANG!! ..SUDAH SIAPKAH BEKAL KITA..!????????
wallahu a’lam
dari berbagai sumber

Read more...

Thursday, January 12, 2012

Hebahan: Kuliah Januari 2012 Ustaz Azhar Idrus di N9 & Lembah Klang

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 2 - MS75

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 2 - MS63

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 2 - MS59

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 2 - MS51

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 2 - MS47

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 2 - MS36

Read more...

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 1 - MS90

Read more...

Wednesday, January 11, 2012

UST. SHAMSURI AHMAD - KITAB BAHRULMAZI JILID 1 - MS1

Read more...
Listen to Quran

INFO PANCING

  © Blogger templates ProBlogger Template by langgaq.blogspot.com 2012

Back to TOP