Tuesday, April 7, 2009

10 000 hadir majlis makan malam DAP

Ditulis oleh Te@M.IT
SIMPANG, 6 April - Lebih kurang 10 000 masyarakat cina telah menghadiri majlis makan DAP semalam. Kehadiran yang sangat ramai itu sangat mengejutkan kerana majlis makan malam itu hanya menyediakan 220 buah meja dengan 2200 buah kerusi untuk para tetamu.

Kehadiran luar biasa masyarakat cina ini menunjukkan sokongan yang hebat kepada calon PAS Nizar Jamaludin. Turut hadir sama, pemimpin-pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, Ngeh Ko Ham, Tan Seng Giau dan bekas menteri Zaid Ibrahim.
Ketibaan Nizar disambut dengan tepukan dan laungan "NIzar!" oleh orang-orang para hadirin.

Dalam ucapan ringkasnya, Nizar memohon kepada pengundi-pengundi untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam pengundian yang akan diadakan pada 7 April 2009. Beliau berkata bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang merupakan "turning point" kepada kemenangan rakyat seterusnya memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Selain itu, kata beliau, kemenangan Bukit Gantang juga merupakan titik mula kepada pengakhiran zaman politik perkauman yang dipelopori oleh Barisan nasional.

Turut bersama Nizar ialah isteri beliau, Fatimah Taat yang sentiasa menjadi pendamping kepada perjuangan beliau. Kehadiran semakin ramai menjelang malam, dan orang ramai melimpah sehingga ke jalan raya.

0 comments:

Listen to Quran

INFO PANCING

  © Blogger templates ProBlogger Template by langgaq.blogspot.com 2012

Back to TOP