Friday, March 13, 2009

Subhanallah ....semoga kita sentiasa beringat hendaknya....


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA.. TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN ISLAM..........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;
"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" * * *
AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN...................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....
Wassalam...

Read more...

Tanda sayang abadi

assalamualaikum ...Hanya Ingin Mengingatkan ....Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikiritu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1.. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

Read more...

Thursday, March 12, 2009

Hujan panas perjuangan PAS

"Marilah kita insafi bersama tugas dan tanggugjawab kita ini. PAS perlu terus komited berdiri tegak dan kukuh dalam persada politik tanahair atas landasan perjuangannya yang keramat itu."
PAS dilahirkan dengan tujuan menyempurnakan taqwa, iaitu melahirkan generasi muttaqun yang menyedari tanggungjawab "al amru bil makruf wan nahyu anil mungkar" di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Misi penubuhan PAS ini terkandung di dalam mukadimah perlembagaannya. Ia berbunyi:
Demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia yang dijadikan bagi menegakkan makruf dan mencegah mungkar dalam kehidupan mbermasyarakat dan bernegara
Lantaran itu bersempena ulangtahun pertama pilihan raya umum ke 12 dan kemenangan Pakatan Rakyat yang didokongi PAS di beberapa buah negeri, maka sewajarnyalah suatu penilaian dibuat bagi mengukur sejauh manakah kesan perlaksanaan misi kita sepanjang setahun Allah SWT meminjamkan kemenangan ini pada kita. Samada kita Menteri Besar, ahli EXCO, ahli Parlimen, ADUN, ahli majlis, ketua kampung, JKKK dan sebagainya, sejauh manakah tanggungjawab dan amanah ini telah berjaya kita galas dan laksanakan.
Hujan atau panas kelangsungan PAS diukur dari keupayaannya kekal istiqamah di atas landasan perjuangannya. Selain itu apabila beroleh kuasa, apakah mampu pimpinan dan ahli-ahlinya melebarkan misi perjuangan sehingga menjadi realiti dan mendatangkan kesan ke atas kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Surut atau pasang minat dan kesetiaan rakyat pada PAS tertakluk pada keupayaannya memenuhi agenda perjuangannya.
Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kedudukan tinggi yang dicapai PAS dalam masyarakat pada hari ini adalah hasil kejayaannya yang tidak jemu-jemu menterjemahkan perjuangannya sehingga melahirkan ahli dan pimpinan yang berkualiti, dihormati dan disegani masyarakat. Kualiti ini bukan lahir dari jelmaan peribadi tetapi penghayatan perjuangan PAS dikalangan ahli dan pimpinannya.
Namun jangan sekali-kali kita berasa leka, selesa dan megah dengan apa yang ada. Lantas pengukuran prestasi dalam setahun ini penting bagi memastikan keupayaan PAS untuk menguasai medan yang lebih luas dimasa yang akan datang. Jika ada kelemahan maka ia perlu diperbaiki jika ada kebaikan maka ia perlu digilap supaya menjadi lebih baik.
Rakyat di luar meletakkan harapan yang tinggi ke atas kita. Dan kita pula telah merakamkan deklarasi bahawa penyempurnaan taqwa itu sebagai asas penubuhan kita, tiada badan atau parti siasah lain dalam Negara yang menggariskan penyempurnaan taqwa sebagai asas penubuhannya selain PAS. Oleh itu tugas dan tanggungjawab kita besar dan jika pun kita tidak atau enggan mengukur pencapaian kita itu, pengukuran dan perhitungan berterusan para malaikat-Nya terus sampai ke singgahsana Allah SWT siang dan malam.
Marilah kita insafi bersama tugas dan tanggugjawab kita ini. PAS perlu terus komited berdiri tegak dan kukuh dalam persada politik tanahair atas landasan perjuangannya yang keramat itu. Kekuatan PAS insyallah menjamin kekuatan Pakatan Rakyat, tetapi jika PAS longgar dan longlai, segala-gala yang di dalam tangan tidak mustahil akan luluh dan berderai.
Perjuangan yang diasaskan oleh mereka yang telah pergi medahului kita ini perlu terus relevan, dan panji-panji Islam ini perlu terus tegak berkibar di dalam gengaman tangan-tangan muttaqun yang jujur dan ikhlas. Teruskan perjuangan, biar PAS ini kekal berdiri sampai bila-bila.- jep

Read more...

MP3 Ceramah: Ustaz Shahril Long

http://www.mymaktabaty.com/2008/08/mp3-ceramah-ustaz-shahrir-long.html#links

Read more...

MP3 Ceramah: Haji Mohamad Sabu

http://www.mymaktabaty.com/2008/11/mp3-ceramah-haji-mohamad-sabu.html#links

Read more...

MP3 Ceramah: Ustaz Shamsuri Ahmad

http://www.mymaktabaty.com/2008/07/mp3-ceramah-ustaz-shamsuri-ahmad_21.html#links

Read more...

Tentang kita

Hujan tetap belum usai..
Saat aku berlalu meninggalkanmu
Dan kau tetap di situ...berteleku....

Dikau bagaikan sang arjuna lentera cinta
Aku menyulam mimpi bersamamu
Rintik hujan jadi ritma sebuah cinta

"sinar matamu menikam kalbu dan aku tunduk malu"

Hujan tetap belum usai
Aku harus berlalu kerna kita tak di takdirkan bersama
Hujan itu menangisi bukan mentetawakan

Apakah retorik sunyi ini..
Bisa diamati sepenuh hati
Mungkinkah bahasa jiwa hampa
Bisa menterjemah makna luka
Biarkan aku menghitung rinduku
Mengingati engkau dalam memori
Biarkan aku bermimpikanmu...
Hanya untuk sekali ini...

Read more...

Amallah wahai hamba Allah

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102 Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5 Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH* * ALHAMDULI'LLAH* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH* * ALLAHU AKBAR* * ASTAGHFIRU'LLAH* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI* * WA SAHBIHI AJMA'EEN* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan * Langkah 3:
* Forward email ini kepada insan yang anda kasihi.
* Hasil 1:* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
* Hasil 2:* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
* Hasil 3:* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

Read more...

dunia

ingin sekali aku kelangit..
sekadar mengepal awan..
untuk kemam umpama gula-gula kapas..

ingin sekali aku kelangit..
memetik bintang-bintang berkerdipan
jadikan lampu hiasan laman..

ingin sekali aku kelangit
menapak di bulan keseorangan
mencari tenang di kejauhan..

ingin sekali aku kelangit
menerjah mentari hangatkan badan..
di kedinginan angin tengkujuh

ingin sekali aku kelangit
nikmati segala panorama
indah alam seanteronya...

Read more...
Listen to Quran

INFO PANCING

  © Blogger templates ProBlogger Template by langgaq.blogspot.com 2012

Back to TOP